Saya menggunakan fesbuk awal daripada kebanyakkan rakan-rakan saya lagi. Di awal-awal hari sebelum fenomena yang menghancurkan frenster dan maispes lagi. Kemudian bila semakin ramai bertambah, saya mula membuang gambar dan meletakkan maklumat merapu. Ketidak jujuran maklumat berlaku dan pernah ada kata saya sombong dan berlagak. Baru-baru ini di sebuah taman berhampiran temat tinggal berlaku rompakan paling bijak dan penuh perancangan. Memanglah tidak sehebat seperti yang dibuat oleh orang yang menggelapkan duit rakyat dan harta benda negara, tapi bijak dari konsep persediaan dan perjalanan rompakan.
Dipercayai perompak masuk tidak mengeledah banyak barang atau bersepah segala harta benda. Masuk dan terus menuju ke tempat-tempat barang berharga. Semacam rumah itu rumahnya sendiri. Rompakan sistemetik ini banyak berkait dengan laman sosial yang menjadi fenomena.
Anak kepada mangsa rompakan meletakkan maklumat yang benar disamping gambar rumah dan segala isi rumah dipertontonkan pada albumnya. Mungkin menjadi kebanggaan dengan harta yang dipinjam ditayangkan. Seperti banyak perempuan yang menayangkan aurat dan aksi mereka tanpa memikirkan dosa yang semakin bertambah setiap kali orang melihat selagi lama mana gambar itu ada. Perompak yang bijak ini menjadikan mangsa sebagai kawan tanpa disedari dan perancangan dibuat dengan kompleks dan cukup teliti. Setiap gambar dan bahagian rumah tersiar di lakar dengan baik dan impak daripada kesabaran dan ketelitian perompak berjaya melarikan harta yang lumayan tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini dan menyusahkan mangsa rompakan dengan keadaan rumah bersepah.
Ini sekadar peringatan, ketaksuban yang memakan diri kerana terlalu jujur dan terlalu meluahkan hati di tempat yang salah. Lain orang lain pendapat. Tahu yang kamu bangga dengan apa yang kamu ada ketika ini. Bangga dengan nikmat harta, cantik, keindahan kamu dan macam perkara tidak kemana kerana mati tidak membawa sedikit pun nikmat dunia.
Kamu bawa apa yang kamu beri kepada yang memberi kamu segalanya...
8 Pengulas:
hebat la perompak tu cikgu
perompak itu tidaklah bijak mana melainkan tuan punya harta tu yang bodoh piang...
satu peringatan..
terima kasih cikgu.
Ye.Sembunyikan identiti itu penting.Ada maksudnya.
Macam kita kan? hahahaha..
Kuikuikui apa lah nasib...
perompak itu bijak sebab bersabar dan merancang..orang bodoh macam merompak depan kaunter tembak siling.....sambil jerit INI ROMPAKAN....
best ayat ni.cikgu bm ka?
xsemua patut kita kongsikan...
Catat Ulasan