
Anak murid Ubern Skool, Ayu memberitahu kejayaan dia dalam PMR. Tahniah untuk dia dan beberapa anak murid yang aku tahu keputusannya macam Ezra dan Shahirah.Yang lain belum sudi beritahu lagi. Batch PMR 2011 aku ajar dorang masa darjah dua, masih hijau muda.
Potensi budak-budak batch ni memang menyerlah baik atas padang dan dalam kelas. Potensi untuk menurunkan bendera dan semangat rebel..Insyaallah ada juga...
Seperti kebiasaan memang bila keputusan peperiksaan awam keluar sentiasa yang terbaik. Tak pernah tak baik. Mungkin sistem orientasi kepada peperiksaan yang berlaku banyak menidakkan kognisi, psikomotor dan afeksi yang sepatutnya dalam pendidikan ( tu dia ayat...). Tapi untuk aku peperiksaan itu tidak bersalah pun. Sikap daripada hierarki manusia di dalam sistem pendidikan patut dipersoalkan.
Peperiksaan antara aspek penilaian yang ada dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. SKPM merupakan kayu ukur prestasi pencapaian sekolah dalam segala bidang termasuklah peperiksaan awam. Bayangkan jika gred purata sekolah agak rendah. Segala macam masalah akan timbul selepas tu. Kalau cikgu yang mengajar pun kena mencipta ruang untuk mengajar secara holistik dengan pelbagai kaedah dan tidak meletakkan peperiksaan sebagai keutamaan. ...dan ibubapa yang menilai kemampuan anak mereka jangan terlalu bersandar kepada peperiksaan semata-mata. Selama mana ini menjadi rutin, sistem orientasi peperiksaan akan terus berlaku. Mangsa keadaan ialah murid. Apa-apa pun buat sementara kita terima sistem ini sebelum menunggu 2016. (tu dia sekali lagi ayat....)
Apapun kepada yang berjaya, bertasbihlah dan bersyukur...Alhamdulillah atas kejayaan masing-masing mencapai keputusan yang baik
...bukan bersyukur kerana melakonkan babak ranjang dan mesra atas katil.
3 Pengulas:
Gua sebenarnya suka dengan peperiksaan sekolah ni, sebabnya tak payah buat kerja rumah.
Bukan apa, kalau ada kerja rumah, tak larat rasanya asyik kena denda je..
Hehehe
Ayat last tu,tersedak maya karan dibuatnya.haha.
kekekek...ayat last mmg terbaik...
Catat Ulasan