Jumaat, Disember 09, 2011

Perjalanan saya bertemu janji

Betulkan aku kalau salah. Seingat yang aku pernah dengar dalam tivi polis yang buat sekatan di jalan raya ada prosedur yang sepatutnya macam letak papan sekatan, kon dan beruniform lengkap. Kebiasaannya di tempat kediaman aku, mana-mana orang ke masjid tidak akan ditahan. Tapi tidak untuk harini. Aku perasan polis ada buat sekatan, tapi seperti biasa aku melepasi tanpa halangan sampai di depan simpang lampu isyarat. Satu motor blok, lelaki pakai baju biasa. Orang gila mana main sekat-sekat ni.
"Helmet mana helmet?..." tanya laki misai jarang-jarang
"Masjid" aku jawab ringkas secara tersirat.
"Saya Polis..."Aku diam je, takde apa nak heran pun polis ke, ahli bomba, Robocop, Luke Skywalker, Najwa Latif atau Greyson Chance sekalipun.
"Pakailah songkok ke apa ke?" polis tu bersuara. Lampu isyarat nak tukar hijau bila-bila masa. Aku diam, terus pakai kupiah sambil baca ayat-ayat dan muka kasi garang. Dengan baju biasa depan lampu isyarat tahan orang, ni mana punya cara dia ikut?.

Tapi sesape kenal Cikgu Sains Tahun 6 ni memang pasti tau apa tindakan dia seterusnya

....dan tepat polis nak blah, aku cabut kupiah, sekali lagi polis tu pandang menjeling tak puas hati. Lampu bertukar hijau. Jeling kat cermin nampak mukanya semacam. Aku berlalu sambil wheelie.

Bukan cabar beb...eksperimen, dia kejar ke tak

8 Pengulas:

kueh bakar berkata...

ko tak reti wili kan..
keh keh keh.

Firol berkata...

masih boleh lagi....hahaha walaupun dah bersara

Hidemichi berkata...

polis pakan preman ni paling tak boleh percaya. sesapa pun boleh berlakon.

Orang Akaun berkata...

belagak depa..biasa la ada logo pdrm bekap

zonaku berkata...

so what kalau dia polis???? dia bukan blh suka suki nak keluarkan saman.




kalau nak menegur pun, tegurla sebab faktor keselamatan.... bukan sebab kuasa...

makwe joni berkata...

eleh, saya pun polis.



keh keh keh




tu dia, kita marhaen ni jarang dibagi ilmu. yang diajar dari dulu, polis olwes rait.

Aisha Mazlan berkata...

gila rebellious :D haha

Pert Doherty berkata...

keh keh keh.. xgune..