Isnin, Disember 12, 2011

Salam

Baru-baru ni masjid jemput Ustaz Zahazan datang. Jarang-jarang benar menjemput penceramah yang hebat-hebat. Bukan menidakkan penceramah yang sedia ada. Tapi sekali-sekala tukar angin orang kata, jemput yang ada nama sikit apa salahnya. Masjid ni pun purata sebulan RM8000-9000 duit tabung rasanya takde masalah.

Selama ni pun aku tengok dalam tivi Ustaz Zahazan berceramah menjawab soal agama. Cara penyampaian pengisian untuk orang muda tiada masalah menerima. Mungkin untuk veteren susah sikit nak tangkap, dia cakap agak deras. Selesai ceramah lebih kurang sejam lebih, dia beredar untuk sampai ceramah di tempat lain.

Kebetulan dia lalu tempat aku duduk untuk keluar dan kesempatan itu aku bersalam. Salam dengan tok-tok guru, ulama', orang-orang yang tinggi ilmu agama ni ada berkat. Kalau tak, mana mungkin Sheikh Muhammad Idris Marbawi sanggup redah hutan daripada Perak ke Kelantan nak jumpa Tok Kenali nak dapat sedikit ilmu dan keberkatan.Tangan dihulur beserta senyuman bak kata Hajjah Siti Nurhalija budi bahasa budaya kita.

"Amacam Orang muda?" kata Ustaz Zahazan.

Memang hebat penilaian Ustaz.


Saya masih muda

3 Pengulas:

makwe joni berkata...

pehh!!! mahal tuuu

makwe joni berkata...

pehh!!! mahal tuuu

Wadi AR berkata...

teringin nak jumpa