Isnin, Disember 19, 2011

Turun naik bendera

Ibarat kata macam orang pinjam duit kamu kemudian dia ganti balik. Orang maki kamu kemudian dia minta maaf atas kesilapan. Budak-budak ejek-mengejek kemudian minta maaf, main semula sama-sama. Senang kata bila dah buat salah betulkan semula.

Budak tu turunkan kemudian dia naikkan bendera. Maknanya dia membetulkan semula keadaan. Mungkin itu sinikal yang perlu difahami oleh sesiapa yang terasa. Itu satu mesej suara hati ekspresi yang nak disampaikan. Kalau dilihat bukan masalah besar, meruntuh aqidah atau menyesatkan manusia. Senang kata orang yang cerdik akan faham.

Atau mungkin dia teringin nak jadi pengawas naikkan bendera masa perhimpunan sekolah.

Sampai nak ludah-ludah...

10 Pengulas:

Wadi AR berkata...

pengawas pon kadang kadang tak betol cikgu. heh

Firol berkata...

batul sebab tu kena turunkan semula ikat tali bendera betul2

alhariesz berkata...

taksub melangkaui rasional akal.

kalau taksub atas nama agama, baguihla jugak.

diorg pikir, ludah-ludah tu, adat melayu sangatlah agaknye.

alien berkata...

turun naik bendera je pun..
kalau budak tu bawak balik bendera tu pun tak kisahlah
patut bangga sbb bendera tu jadi tumpuan budak tu..

Ateeka Amer berkata...

Hamboi tinggi bebenor ye martabat bendera ada gambar orang tu. Serupa berhala plak.

fadh ^_^ berkata...

salam cikgu :D
dah lame xsinggah sini.
sy suke sgt bace blog cikgu sebab rase macam masok balek zaman sekolah rendah dulu.
hehe.
cikgu, jom kawen jom :D
hehe

Atiqah MoHez berkata...

samseng kg dusun..eh..too much credit..hikhik..

Shukri Mohd Ali berkata...

kasi runtuh itu bendera, tengok apa jadi.

Hidemichi berkata...

simple dan sampai! LIKE.

Masy berkata...

yang ludah tu mungkin gatal kerongkong, byk kahaknya..






puiiiiiii