Isnin, Januari 30, 2012

Lega sekejap

Terlepas satu kerja, rasa lapangnya dada usah dicerita. Dapat aku bernafas dan mengajar semula lepas berhempas pulas menyiap kerja pengkeranian unuk penilaian. Macam tersiar dalam surat khabar dua tiga hari lepas guru menulis dalam suratkhabar mengeluh balik sampai pukul empat nak setelkan kerja. Saborlah brader atau kakak yang menulis, kerja buat dengan amanah dan ibadat kasi power bukan ngelat ngulor, adalah Allah bagi nanti, tak sekarang akan datang.

Dapatlah aku mengajar dengan tenang semula. Tahun empat bab 1 dengan bergaya aku menerangkan. 

"Cikgu, kalau ikut turutan mana yang penting?" tanya Strawberry Face
"Mula udara, air ,makanan last baru tempat tinggal..."
"Ooooo..Cikgu izin saya minum air nanti mati saya susah lak..."

Waacaaaaa ...

6 Pengulas:

Wadi AR berkata...

budak sarcastic tu cikgu

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

Muka strawberi pandai berloya buruk haha

Shukri Mohd Ali berkata...

hai budak2 sekarang... :D

jedi berkata...

hahhaha..terkena cikgu...

Aween Md Zahir berkata...

pastu apa reaksi cekgu ??
tampaqq dahi sendiri atau geleng kepala sampai muntah hijau ?? haha

Mohd Farwalis berkata...

kahkah