Pemikiran manusia sesuatu yang misteri hanya Yang Mencipta boleh selam. Kita takkan tahu apa yang ada dalam pemikirannya.
Keselamatan budak di sekolah satu bahagian penting untuk dijaga sebab dipertanggungjawabkan ke atas sekolah dari aspek keselamatan sehingga kesihatan. Sempena itu berlandas dua punca kuasa yang tertulis pada 1988 dan terkini 2011, gua menguatkuasa kenderaan ibubapa dilarang masuk masa hantar dan ambil anak. Kalau ikut kebiasaan mana-mana sekolah kat Tanah Melayu ni, tak kasi masuk langsung. Tapi gua sebagai manusia buat sedikit kelonggaran. Kenderaan di luar tapi mak ayah boleh masuk duduk di pondok-pondok tersedia. Ada nilai timbang rasa kat situ.
Tapi mentaliti pemikiran pelik berlaku. Seolah-olah perubahan ini menyusahkan diorang. Pelik untuk gua fikir. Jarak pintu masuk ke bangunan sekolah tak sampai 40 meter kalau dah masuk semua kenderaan sesak dan risiko. Tahun sebelumnya, nyaris budak nak kena langgar sebab sibuk kenderaan keluar masuk.
Satu lagi Jarak dari rumah masing-masing nak ambil anak tak jauh mana pun. Kalau keluar rumah 12:58 tengahari sampai di depan sekolah ngam-ngam terus ambil dan balik. Buat apa datang awal-awal pun gua tak tau. Kekocahan ni memberi peluang memburukkan sekolah mengadu domba menjaja cerita tak betul. Siap tengah rancang nak serang sekolah bab ni menggunakan beberapa mulut lantang antaranya yang gua baru terjumpa lepas solat jumaat sibuk menolak troli kat pasaraya.. Benda ni betul buat malu memandangkan gua sebagai guru tempatan. Gua dah cakap ada masalah terus jumpa, apa salahnya. Tak payah cakap belakang-belakang. Gua bukan YB atau pak menteri yang susah nak jumpa rakyat.
Pemikiran manusia memang misteri. Nak buat benda bawa kebaikan pun satu benda yang salah.Gua ada rujukan yang menguatkan hujah kalau diserang. Bak kata ahli gusti "Bring It On"...
2 Pengulas:
betol. susah jugak kalo dapat ibu bapa ceni. kita yang jd cikgu ni lagi sakit jiwa
sakit kepala
Catat Ulasan