Isnin, Januari 09, 2012

Tiba-tiba

Belum 24 jam pun tempoh hayat lepas majlis perlantikan, tag nama Penolong ketua kelas tahun dua dah hilang. Tag nama itu dipegang oleh Prosperity. Memang hangin satu badan. Cikgu Sains Bengkeng merangkap Guru Disiplin mengenakan denda, cari sampai dapat

Memang pelik tak jumpa dengan saiz sekolah yang kecil. Jarang kalau barang cicir tak akan jumpa. Bila fikir betapa ajaibnya aku jumpa Prosperity semula...

"Kat mana hilang?"
"Tadi kat belakang sana" muka dah cuak tunggu masa nak berderai je airmata.
"Seluk poket seluar"

Prosperity menyeluk dia keluarkan segala yang ada termasuklah.....................tag nama Penolong Ketua Kelas

"Eh???!! tadi memang takde cikgu, betul...tiba-tiba dia ada semula"

...dan tiba-tiba tangan aku bergerak cubit terus pipi Prosperity yang berisi.


5 Pengulas:

Wadi AR berkata...

ape rase pipi beliau cikgu

Firol berkata...

orang nye tembam..isi penuh bila cubit

NighBerkz’S Blogs berkata...

hurmm mcm sedap lak posperty tu..hekhke


http://nighberkz.blogspot.com

jedi berkata...

hahahah....kes gelabah la ni...

Hazirah binti Shukri berkata...

hai!! this is my 1st visit!! seronok la bace blog u nih! style btol!!klakar....>.< hehe