Khamis, Januari 12, 2012

Tiga Rasa

Sekali lagi aku diuji dengan mengajar tahun 1. Walaupun pengalaman mengajar dah nak cecah sedekad, mengajar tahap satu paling mencabar dinding kesabaran yang ampuh lebih lagi tahun 1. Tahun ni budaknya lebih manja berbanding tahun lepas ditambah dengan majoriti kaum yang obses kepada bunga-bungaan. Apa yang mampu, aku kurangkan kemanisan senyuman, lebihkan kemasaman kalau dah nak marah. Nampak budak mula faham konsep Don't make me angry you wouldn't like me when i'm angry-Bruce Banner. Tapi macam tulah lumrah budak baru kenal dunia, Aku kena cuba pandai kawal keadaan.

"Cikgu, kakak kite kata cikgu baik tapi garam sikit" kata De'Ha

Nampak lengkap perisa yang aku ada manis, masam dan masin

Sabor je lah...

5 Pengulas:

Wadi AR berkata...

haha. garam ye. cikgu, nasib saya dapat budak dajah 3, 4 dgn 5. tak tahu la gaye cane

a little less conversation berkata...

heh garam ye tak..klau cukup 3 rasa tu..sesuai da tu nak masuk masterchef

jedi berkata...

garam cikgu ni upenya....hahahahah

ubi berkata...

garam garam..haha.terburai perut aku tahan lawak ni!

Mohd Farwalis berkata...

garammmm juga kasi sedap kalu. haha